Tuesday, December 8, 2009

Belasungkawa Datuk Mufti Haji Ishak bin Baharom


Datuk Mufti Haji Ishak bin Baharom (1 Januari 1928 - 30 Januari 2008) merupakan bekas mufti negeri Selangor Darul Ehsan dan sekarang ini menjadi pendakwah bebas.Beliau dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharum bin Jaffar , berasal dari Banjarmasin, Sumatra. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Beliau mendirikan rumahtangga pada 1963 dengan Datin Hajah Maznah bte Yusuf yang berasal dari Manung, Kuala Kangsar, Perak. Hasil perkahwinan ini, mereka mendapat 3 anak.Pendidikan awalDato Ishak baharom bersekolah di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 - 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai , Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.Meninggal duniaPada 30 Januari 2008, Dato' Ishak telah meninggal dunia pada 3:05 ptg di Hospital Sungai Buloh. Beliau telah dimasukkan ke hospital tersebut pagi semalam selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah.

No comments:

Post a Comment