Tuesday, December 8, 2009

PROSES MEMBERESKAN DOKUMEN


Salam perantauan....tapi Sarawak je bukan kat Jepun pun...

Disini saya ingin menceritakan serba-sedikit pengalaman saya kat sini. Ada kawan saya di IPG mesej saya dia ada baca blog kawan saya yang posting macam saya(member PISMK-OUM). mereka cerita macam-macam dalam blog, ada yang beri tazkirah, pahit manis di luar semenanjung. Namun pada saya kalau dalam sehari dua kat sini masih sikit je pengalaman. Tapi mungkin kerana teruja posting kat sini maka tulislah panjang-panjang dalam blog. Tak pelah mungkin itu adalah salah satu suntikan semangat supaya terus berjuang dalam karier masing-masing.

Namun kita semua harus ingat hidup ini harus diteruskan. Mati adalah pasti hidup Insya Allah. Itu salah satu lirik nasyid yang saya sendiri tak tahu kumpulan mana. Sekarang sudah lapan hari baru saya berada di bumi kenyalang ini. Hujung minggu saya tak gi mana2 sebab tiada kenderaan. Ni sebab dah biasa ngan motor jadi bila xda motor jadi x boleh nak buat ape2. nak naik teksi mahal, bas pun boleh tahan juga. Hari Isnin baru saya pergi ke PPD Betong bersama member saya bernama KAZA sebab nak buat tapisan keselamtan. Nak pergi ke sana dari tempat saya (SK Datuk Bandar Debak) makan masa selama 45 minit. Ingatkan sekejap je duduk di PPD...rupanya dari pukul 2.30 pm hingga 5.00 pm duk sana sebab banayak benda naka kena tulis dalam tapisan keselamatan. lepas tu solat asar, pergi makan....i'tikaf di masjid betong sampai magrib. Sebelum tu, kami berdua sembang macam2 sementara tunggu Maghrib pukul 6.30 pm.

Atas tadi bukan pengalaman lagi..ni nak cerita masa nak balik dari betong ke Debak kami ingatkan ok aje..rupa2nye jalan Ya Allah gelap hingga lampu motor pun tak boleh nak menerangi jalan. Saya kat belakang member saya ni baca ayat2 yasin, asas 10 dan sampai di jalan besar kami lega sebab jalan mula terangla sikit walau tak berapa terang. Hati saya memang berdebar-debar semasa perjalanan sebab di tepi2 jalan yang kami lalui tiada sebuah pun rumah manusia. Diorang kat sini tinggal macam satu kawasan dan lepas tu kosong je kat luar jalan besar. nak sampai rumah Kaza(member rumah tumpangan), saya lega sikit sebab ada orang kampung situ lalu juga bersama kami dan kami menegekori mereka sampai balik.

Kesimpulannya jalan kat sini memang bahaya pada waktu malam dan walaupun kawasan yang saya tinggal ini ada kemudahan tetapi kemudahan mereka masih lagi terkebelakang berbanding semenanjung. Salam...

Petua Murah Rezeki dan Dijauhi Kesulitan

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk.

Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat.

Rupa mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri.

Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Belasungkawa Datuk Mufti Haji Ishak bin Baharom


Datuk Mufti Haji Ishak bin Baharom (1 Januari 1928 - 30 Januari 2008) merupakan bekas mufti negeri Selangor Darul Ehsan dan sekarang ini menjadi pendakwah bebas.Beliau dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharum bin Jaffar , berasal dari Banjarmasin, Sumatra. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Beliau mendirikan rumahtangga pada 1963 dengan Datin Hajah Maznah bte Yusuf yang berasal dari Manung, Kuala Kangsar, Perak. Hasil perkahwinan ini, mereka mendapat 3 anak.Pendidikan awalDato Ishak baharom bersekolah di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 - 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai , Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.Meninggal duniaPada 30 Januari 2008, Dato' Ishak telah meninggal dunia pada 3:05 ptg di Hospital Sungai Buloh. Beliau telah dimasukkan ke hospital tersebut pagi semalam selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah.

Monday, December 7, 2009

BiODaTa~PeJuAnG~IsLaM...

Ni sekadar perkongsian ilmu yang saya ambil dari bahan lain..
Nama sebenar : Umar b Al-Khattab b Nufail b Abdul Uzza b Ribaah b Abdillah b Qarth b Razaah b 'Adi b Kaab
Nama Ibu : Hantamah bte Hasyim bin Al-Mughirah bin Abdillah bin Umar bin Makhzum.

Gelaran : Al-Faruq
Keturunan : Arab Quraisy (Kabilah Bani Adi)
Tarikh lahir : 13 tahun selepas berlakunya peristiwa Abrahah (menurut Imam Nawawi)
Jawatan : Khalifah Ar-Rasyidin Kedua
Tarikh Lantikan : 634M

Tempoh Jawatan : 10 tahun
Tarikh M/Dunia : 23H @ 644M Umur : 63 tahun


Semasa
Sebelum memeluk Islam, beliau merupakan duta bagi kaumnya terutama untuk mengadakan perundingan antara kabilah yang bermusuhan. Beliau merupakan mertua Rasulullah SAW apabila Rasulullah bernikah dengan anaknya, Hafsah bte Umar. Beliau salah seorang yang dijamin Syurga oleh Rasulullah SAW. . Sifat Peribadi Umar al-Khattab Ubaidullah bin Umar menceritakan bahawa suatu hari para sahabat melihat Umar memikul tempat air di bahunya. Lalu mereka bertanya : "Wahai Amirul Mukminin ! Mengapa tuan sendiri yang memikul air ini ?" Jawab Umar al-Khattab : "Saya merasakan bahawa diri saya telah takbur, lalu saya mengangkat air ini untuk menundukkannya" Kata Aslam beberapa orang berbicara dengan Abdul Rahman bin Auf. Kata mereka : "Umar al-Khattab telah menimbulkan rasa takut kami sehingga mata kami tidak berani bertentangan mata dengannya". Hal ini diadukan oleh Abdul Rahman bin Auf. Lalu Umar al-Khattab berkata : "Benarkah mereka berkata demikian ?" "Demi Allah, saya telah cuba melunakkannya, sehingga lantaran lunak saya itu saya takut dimarahi Allah. Saya cuba pula dengan sikap keras sehingga saya takut Allah marah kepada saya. Bagaimanakah lagi ? Bagaimana nasib saya yang berbeza dengan mereka ?" Diriwayatkan oleh Umar bin Murrah bahawa seorang lelaki bertemu dengan Umar al-Khattab dan berkata : "Bersikap lunaklah kepada kami, sebab kami amat gentar melihatmu !" Umar menjawab : "Adakah saya berbuat sesuatu yang zalim ? " Jawab lelaki itu : "Tidak" Kata Umar lagi : "Kalau begitu, biarlah Allah menambah rasa takut dalam hatimu terhadapku" Menurut Barrak bin Makrur : "Pada suatu hari Umar al-Khattab naik ke mimbar untuk memberi tazkirah, tiba-tiba dia merasa sakit. Menurut para jamaah, ubatnya adalah madu lebah dan di Baitulmal banyak tersimpan madu lebah" Kata beliau : "Kalau tuan-tuan izinkan, saya akan gunakannya, tetapi kalau tidak diizinkan haram ke atas saya mengambilnya".

Saturday, December 5, 2009

PERMULAAN HIDUPKU SEBAGAI GURU

Assalamualaikum....
Bismillahiraaahmanirrahim
Pertama sekali saya harap pembaca blog saya ini memahami apa yang saya tulis dalam blog saya ini. Saya bukannya seorang penulis. Sebabnya saya sedar diri saya ini yang kurangnya ilmu didada. sekadar terlintas difikiran nak tulis apa saja yang keluar dalam fikiran. Kalau tuan puan baca ayat saya ni pun menunjukkan saya ni tak mahir membina ayat. Semasa pengajian saya di IPG pun, assignment yang saya buat memang paling ringkas dikalangan member yang lain. Walaupun begitu, saya tahu bahawa dengan menulis dapat membantu membina fikiran saya sebagai seorang "guru baru" yang baru dipostingkan.
Nama saya mohd hakimi b hassim bekas pelajar IPG Kampus Pendidikan Islam. Saya mula masuk IPG tersebut pada bulan Julai 2004. Tamat belajar November 2009. Kira baru je lah. 'First Posting' saya memang dah agak ditempatkan samada di Sabah @ di Sarawak. Ternyata Sarawak tempat aku diarahkan berkhidmat. Terkejut tu taklah sangat. Namun saya sentiasa fikir bolehkah saya membiasakan diri di sana. ramai yang ceritakan kepada saya yang pelik-pelik. namun saya berharap dan berdoa dengan ilmu yang saya belajar selama ini dapat diamlkan dan dapat disampaikna kepada anak-anak bumi kenyalang yang saya sendiri tak tahu bagaimana keadaan mereka. Sebab saya ni kalau mengajar tak lah kreatif sangat. Namun, saya berdoa agar mereka tidak pijak kepala saya, tetapi saya bukanlah inginkan mereka menggeruni saya tetapi menghormati saya sebagai seorang guru....

Antara cara yang dipesan oleh ulama' kita supaya kita dihormati dan disayangi orang apatah lagi Allah Yang Esa ialah selalu berqiyamullail, solat dhuha, puasa sunat. Amalan ni Insya Allah akan saya jadikan kebiasaan saya. Sama-sama doakan.
Setakat ni dahulu, insya Allah saya akan menceritakan pengalaman saya di sini dari semasa ke semasa. Salam....