Saturday, December 5, 2009

PERMULAAN HIDUPKU SEBAGAI GURU

Assalamualaikum....
Bismillahiraaahmanirrahim
Pertama sekali saya harap pembaca blog saya ini memahami apa yang saya tulis dalam blog saya ini. Saya bukannya seorang penulis. Sebabnya saya sedar diri saya ini yang kurangnya ilmu didada. sekadar terlintas difikiran nak tulis apa saja yang keluar dalam fikiran. Kalau tuan puan baca ayat saya ni pun menunjukkan saya ni tak mahir membina ayat. Semasa pengajian saya di IPG pun, assignment yang saya buat memang paling ringkas dikalangan member yang lain. Walaupun begitu, saya tahu bahawa dengan menulis dapat membantu membina fikiran saya sebagai seorang "guru baru" yang baru dipostingkan.
Nama saya mohd hakimi b hassim bekas pelajar IPG Kampus Pendidikan Islam. Saya mula masuk IPG tersebut pada bulan Julai 2004. Tamat belajar November 2009. Kira baru je lah. 'First Posting' saya memang dah agak ditempatkan samada di Sabah @ di Sarawak. Ternyata Sarawak tempat aku diarahkan berkhidmat. Terkejut tu taklah sangat. Namun saya sentiasa fikir bolehkah saya membiasakan diri di sana. ramai yang ceritakan kepada saya yang pelik-pelik. namun saya berharap dan berdoa dengan ilmu yang saya belajar selama ini dapat diamlkan dan dapat disampaikna kepada anak-anak bumi kenyalang yang saya sendiri tak tahu bagaimana keadaan mereka. Sebab saya ni kalau mengajar tak lah kreatif sangat. Namun, saya berdoa agar mereka tidak pijak kepala saya, tetapi saya bukanlah inginkan mereka menggeruni saya tetapi menghormati saya sebagai seorang guru....

Antara cara yang dipesan oleh ulama' kita supaya kita dihormati dan disayangi orang apatah lagi Allah Yang Esa ialah selalu berqiyamullail, solat dhuha, puasa sunat. Amalan ni Insya Allah akan saya jadikan kebiasaan saya. Sama-sama doakan.
Setakat ni dahulu, insya Allah saya akan menceritakan pengalaman saya di sini dari semasa ke semasa. Salam....

No comments:

Post a Comment