Tuesday, December 8, 2009

PROSES MEMBERESKAN DOKUMEN


Salam perantauan....tapi Sarawak je bukan kat Jepun pun...

Disini saya ingin menceritakan serba-sedikit pengalaman saya kat sini. Ada kawan saya di IPG mesej saya dia ada baca blog kawan saya yang posting macam saya(member PISMK-OUM). mereka cerita macam-macam dalam blog, ada yang beri tazkirah, pahit manis di luar semenanjung. Namun pada saya kalau dalam sehari dua kat sini masih sikit je pengalaman. Tapi mungkin kerana teruja posting kat sini maka tulislah panjang-panjang dalam blog. Tak pelah mungkin itu adalah salah satu suntikan semangat supaya terus berjuang dalam karier masing-masing.

Namun kita semua harus ingat hidup ini harus diteruskan. Mati adalah pasti hidup Insya Allah. Itu salah satu lirik nasyid yang saya sendiri tak tahu kumpulan mana. Sekarang sudah lapan hari baru saya berada di bumi kenyalang ini. Hujung minggu saya tak gi mana2 sebab tiada kenderaan. Ni sebab dah biasa ngan motor jadi bila xda motor jadi x boleh nak buat ape2. nak naik teksi mahal, bas pun boleh tahan juga. Hari Isnin baru saya pergi ke PPD Betong bersama member saya bernama KAZA sebab nak buat tapisan keselamtan. Nak pergi ke sana dari tempat saya (SK Datuk Bandar Debak) makan masa selama 45 minit. Ingatkan sekejap je duduk di PPD...rupanya dari pukul 2.30 pm hingga 5.00 pm duk sana sebab banayak benda naka kena tulis dalam tapisan keselamatan. lepas tu solat asar, pergi makan....i'tikaf di masjid betong sampai magrib. Sebelum tu, kami berdua sembang macam2 sementara tunggu Maghrib pukul 6.30 pm.

Atas tadi bukan pengalaman lagi..ni nak cerita masa nak balik dari betong ke Debak kami ingatkan ok aje..rupa2nye jalan Ya Allah gelap hingga lampu motor pun tak boleh nak menerangi jalan. Saya kat belakang member saya ni baca ayat2 yasin, asas 10 dan sampai di jalan besar kami lega sebab jalan mula terangla sikit walau tak berapa terang. Hati saya memang berdebar-debar semasa perjalanan sebab di tepi2 jalan yang kami lalui tiada sebuah pun rumah manusia. Diorang kat sini tinggal macam satu kawasan dan lepas tu kosong je kat luar jalan besar. nak sampai rumah Kaza(member rumah tumpangan), saya lega sikit sebab ada orang kampung situ lalu juga bersama kami dan kami menegekori mereka sampai balik.

Kesimpulannya jalan kat sini memang bahaya pada waktu malam dan walaupun kawasan yang saya tinggal ini ada kemudahan tetapi kemudahan mereka masih lagi terkebelakang berbanding semenanjung. Salam...

3 comments:

  1. Pengalaman mengajar erti kedewasaan.. selamat berjuang..

    ReplyDelete
  2. salam ziarah...Nice story!Mmg btul kata ko jalan sedemikian bahaya klu dilalui pd wktu malam...kami kt Mukah ni pun dah laluinya...Serammm jika tiada berteman.

    ReplyDelete